top of page
photo-output_edited.jpg

jijulNZ. 2023,
Based in Sandakan, Sabah, Malaysia.

PHOTOGRAPHY / VIDEOGRAPHY

Assalamualaikum & hi semua,

Terima kasih kerana sudi singgah ke website ini. 

Saya Zulhilmi Hazim sebagai youtuber, photographer, videographer & content creator secara sambilan. 
 

YOUTUBE & MEDIA SOCIAL (FB/IG/TT)

Terima kasih juga kepada yang terlibat dalam semua content youtube yang telah dihasilkan. Perjalanan youtube jijulNZ baru bermula dari hujung tahun 2021 walaupun akaun tersebut telah dibuat sejak 2013 lagi.

Tidak lupa juga kepada Subscriber & follower yang mengikuti perjalanan jijulNZ di youtube & media social yang lain.

Kepada yang baru tahu & ingin mengenali lebih rapat boleh la Subscribe & follow di platform media social jijulnz yang disediakan. 
 

Antara content yang dihasilkan ialah TRAVEL, FOOD HUNTING, EVENT, HIKING, WEDDING & PROMO.

Details & booking date PHOTOVIDEO SERVICES untuk harga promo : 

Sedikit pengenalan tentang perjalanan dan pengalaman sebagai PHOTOVIDEO PRODUCTION. 
2010 : bermula sebagai photographer & mencari nama dalam bidang photography bersama SAIFUL SKY. Beliau adalah abang sepupu saya sendiri. Kami bersama-sama mencari ilmu dalam bidang ini. 

Kami juga mulakan langkah pertama menubuhkan LENSA KREATIF PRODUCTION (LKP) bertapak di Sandakan.

Penubuhan LKP diasaskan oleh 3 orang founder iaitu Saiful Sky, Ati LKP & saya sendiri Zulhilmi Hazim / jijulNZ.

Kini LKP bertapak di Kota Kinabalu Sabah sejak tahun 2018 sehingga kini yang dikenali sebagai LKP Studio.

2016 : Penglibatan saya dalam photography sudah tidak aktif disebabkan oleh komitmen yang tidak dapat dielakkan. Namun, minat dalam bidang ini tetap ada sehingga ke hari ini. 

2021 - kini : Mula serius berjinak-jinak dalam bidang Videography sekali gus photography dan penghasilan video ke dalam youtube sehingga kini. Ini adalah langkah ke-2 saya untuk mengembangkan lagi bakat dan skill dalam photovideo. Minat yang mendalam untuk photovideo membuatkan saya terus berkarya dan menghasilkannya tidak kira untuk keluarga dan kenalan sekeliling. Permintaan daripada kenalan juga membuatkan saya teruskan berkarya dalam penghasilan photovideo. Terima kasih juga kepada client-client yang memberi kepercayaan hasil karya saya. Insyaallah moment bersama NZ Photovideo Production tidak akan mengecewakan semua. 

-jijulNZ-

Details & booking date PHOTOVIDEO SERVICES untuk harga promo : 

bottom of page